iPhone Duo Boleh Dinyahkunci Menggunakan Wajah Menerusi iOS 27.3
Effi Saharudin
iPhone Duo akan menerima sokongan nyahkunci peranti menggunakan wajah pengguna menerusi kemas kini iOS 27.3 kelak. Ciri ini telah diaktifkan dalam perisian iOS 27.3 Beta yang sedang diuji. Dengan ciri ini proses menyahkunci akan menjadi lebih pantas berbanding Touch ID yang menerima rungutan pemilik awal iPhone Duo.

Nyahkunci menggunakan wajah pada iPhone Duo adalah tidak sama dengan Face ID kerana telefon ini tidak memiliki sistem pengimbas wajah 3D seperti pada iPhone 18 Pro. Sebaliknya ia sistem yang lebih asas yang disokong peranti Android. Ini akan menjadikan iPhone Duo peranti kedua menyokong nyahkunci menggunakan wajah selepas HomeView.
Oleh itu ia sekadar boleh digunakan untuk menyahkunci iPhone Duo sahaja. Proses mengesahkan identiti apabila melakukan pembelian App Store, dalam aplikasi perbankan dan mengisi kata laluan masih memerlukan Touch ID yang lebih selamat.
Selain nyahkunci menggunakan wajah, iOS 27.3 akan juga membawakan ciri Reachability yang memudahkan pengguna kidal mengakses taskbar yang diletakkan pada sisi kanan skrin sepanjang masa.