Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 12kg Dengan Tiga Ruang Cucian Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
Amy Maizuraa
Mijiaq Tri-Drum Washer Dryer Pro 12kg menjadi antara produk yang diperkenalkan pada hari ini. Keunikan utamanya terletak pada rekaan tiga ruang cucian dalam satu unit yang membolehkan pengguna mengasingkan pakaian mengikut jenis cucian. Dua ruang kecil di bahagian atas direka untuk cucian khas seperti fabrik sensitif, manakala ruang utama berkapasiti 12kg digunakan untuk cucian harian.

Mesin basuh ini juga menggunakan saluran air berasingan bagi setiap ruang cucian bagi membolehkan pakaian dicuci tanpa bercampur. Ia turut dilengkapi teknologi Oxygen Care untuk mengurangkan kesan kotoran dan pemindahan warna serta sistem Auto-Dosing yang menyalurkan cecair pencuci secara automatik. Menurut Xiaomi, satu isian penuh boleh digunakan sehingga sebulan sebelum perlu diisi semula.


Mesin ini juga menawarkan mod Smart Wash selama 32 minit dan mod Quick Wash selama 12 minit untuk cucian harian. Bagi proses pengeringan, sistem pintar yang digunakan membantu memastikan pakaian dikeringkan dengan baik tanpa merosakkan fabrik. Pengguna juga boleh mengawal dan memantau mesin ini menerusi aplikasi Xiaomi Home.

Xiaomi bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai harganya. Jenama itu menyatakan bahawa produk tersebut akan memasuki pasaran Malaysia pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.