Jensen Huang Nyatakan Sudi Kembali Sebagai CEO NVIDIA
Effi Saharudin
Jensen Huang mengeluarkan kenyataan rasmi pagi tadi mengatakan beliau sudi kembali menjadi CEO NVIDIA sekiranya dipanggil semula. Kenyataan dikeluarkan oleh beliau menerusi akaun X sebelum syarikat menerbitkan laporan kewangan untuk suku yang lalu.

Sungguhpun sudi kembali memegang jawatan CEO, pengerusi NVIDIA Harvey Jones, menyatakan secara jelas bahawa lembaga pengarah telah menerima peletakan jawatan Jensen Huang secara sebulat suara, dan tiada niat untuk melantik beliau semula sebagai CEO pada masa ini.
Jensen Huang meletakkan jawatan kerana mempunyai hubungan sulit dengan wanita yang didakwa adalah perisik China. Tetapi selepas meletakkan jawatan muncul beberapa tuduhan lebih serius seperti NVIDIA membantu syarikat China mengakses cip yang diharamkan. Disebabkan isu yang lebih besar ini, sebuah firma guaman telah dilantik NVIDIA untuk melakukan siasatan menyeluruh.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.