Instagram Perkenal Ciri Mengesan Video Yang Dicuri Akaun Lain
Effi Saharudin
Ramai ingin menjadi pempengaruh sekarang kerana melihatnya sebagai kerjaya yang mudah menjana duit. Ini ialah fakta yang salah kerana hakikatnya terlalu banyak pesaing sehingga wang pengiklanan adalah kecil. Ini tidak menghalang sesetengah akaun daripada mencuri kandungan orang lain untuk untuk secara atas angin di platform seperti Instagram.

Hari ini Instagram memperkenalkan ciri yang mengesan video yang dimuat naik semula tanpa kebenaran dengan kawalan apakah yang berlaku seterusnya. Sebelum ini ciri memegang hak milik video diberikan di Facebook sahaja dengan ia kini dikembangkan ke Instagram.
Apabila sistem Instagram mengesan video yang sama, pemilik video asal akan menerima notifikasi. Mereka kemudian boleh mengambil langkah menjejak video, menyorokkan video daripada ditonton pada akaun pencuri, menambah pautan ke kandungan asal atau melepaskan hak milik untuk video terus ditonton pada akaun yang mencuri.
Selain itu pemilik video juga boleh menetapkan akaun lain yang dibenarkan memuat naik semula video yang sama menerusi papan kawalan hak milik terbina dalam aplikasi.