AMD Mengacah Pengumuman Produk Baru Untuk CES 2027
Nazrin
Acara teknologi pertama tahun 2027, iaitu Consumer Electronics Show 2027 semakin dekat, dan oleh itu, sejumlah syarikat-syarikat teknologi telah mula untuk mengacahkan ketibaan mereka di acara tersebut, dan salah satu daripada syarikat tersebut ialah AMD.
Melalui hantaran di platform media sosial X/Twitter, Jack Huynh, iaitu Timbalan Presiden Senior dan Pengurus Besar bahagian Computing & Graphics di AMD telah mengacahkan ketibaan sebuah produk baru untuk acara tersebut, yang hadir dengan sebuah grafik berbentuk abjad “A”.

Pengumuman ini berkemungkinan berkaitan dengan kedua-dua produk CPU AMD Ryzen dan GPU AMD Radeon, tetapi setakat ini, selain daripada tarikh pengumuman acara, iaitu pada 5 Januari 2027 di Mandalay Bay, Las Vegas, tiada butiran lain diketahui lagi mengenainya setakat ini.
AMD dijangka akan melancarkan produk-produk CPU dan GPU terbaru mereka, iaitu AMD ZEN 6 melalui AMD Ryzen dan RDNA 5 melalui siri kad grafik AMD Radeon terbaru pada penghujung tahun hadapan, jadi ada kemungkinan juga bahawa pengumuman awal akan dibuat mengenainya, ataupun ia adalah sebuah produk baru yang tidak diketahui lagi buat masa ini.
Sumber: Jack Huynh di X