Rekaan Huawei Watch Air Yang Nipis Tertiris
Rekaan Huawei Watch Air tertiris dengan ia bakal menjadi jam tangan pintar paling nipis di pasaran dengan ketebalan sekitar 6.9 mm. Sebagai perbandingan jam tangan pintar Huawei Watch Fit 5 Pro adalah setebal 9.4 mm dan Apple Watch Series 12 pula sekitar 9.7mm.

Selain nipis ia juga dikatakan hadir dengan tubuh diperbuat daripada bahan titanium titanium. Tubuh yang nipis dicapai kerana penggunaan bateri SiC yang disusun secara bertindan. Walaupun nipis adalah dipercayai jam boleh bertahan selama 5 hari sebelum perlu dicas semula.
Apabila dilancarkan kelak, ia menyokong ciri penting jam pintar seperti pemantauan kadar denyutan jantung, ECG,SpO₂, dan suhu kulit. Kemungkinan besar Watch Air akan dilancarkan serentak dengan Huawei Mate X8 pada 24 November depan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.