PlayStation 5 Perlu Dikemaskini Ke Versi 14.23 Untuk Memainkan GTA VI
Effi Saharudin
Sony memberikan kemas kini PlayStation 5 ke versi 14.23 hari ini secara tiba-tiba sebelum permainan Grand Theft Auto VI (GTA VI) boleh dimainkan. Sebelum ini Sony mengatakan konsol hanya perlu dikemas kini ke versi 14.22 untuk menjalankan permainan yang sangat dinantikan ini. Kemas kini 14.22 diberikan dua minggu lalu.

Kemas kini versi 14.23 boleh dimuat turun sekarang dengan ia sebesar sekitar 1.3GB sahaja. Ia mungkin diberikan mengejut bagi menampal kerentanan yang boleh digunakan untuk memainkan GTA VI menggunakan sistem cetak rompak yang tular beberapa minggu lalu.
Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum GTA VI boleh dimainkan di Malaysia. Bagi yang telah memuat turun, GTA VI boleh dimainkan tepat jam 12 tengah malam 19 November.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.