Pelanggan Baharu Astro One Entertainment Kini Boleh Akses Prime Video Dan Blockbuster Pack Secara Percuma Selama Setahun
Amy Maizuraa
Pelanggan baharu Astro One Entertainment kini boleh mengakses Prime Video dan Blockbuster Pack secara percuma selama setahun dengan langganan RM49.99 sebulan tanpa sebarang yuran pemasangan. Melalui Prime Video, pelanggan boleh menonton pelbagai siri dan filem popular seperti The Lord of the Rings: The Rings of Power Season 3, Nine to Six, The Housemaid, Madden, Jailer 2 dan Blade Runner 2099.

Selain Prime Video, pelanggan turut menerima akses kepada Blockbuster Pack yang merangkumi empat saluran hiburan, iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415). Tawaran ini tersedia untuk pelanggan baharu sahaja sehingga 31 Januari 2027 dengan pendaftaran boleh dibuat melalui WhatsApp Astro atau pusat jualan Astro untuk maklumat lanjut.