VSCO Memperkenalkan Aplikasi Penyuntingan Gambar Untuk Pengguna Desktop MacOS
Aman
Bagi anda yang aktif melakukan penyuntingan gambar di telefon pintar, mungkin nama VSCO merupakan sesuatu yang tidak asing. Ia menawarkan sokongan penyuntingan gambar, dengan sejumlah pilihan tetapan dan penuras menarik.

Terkini, mereka turut memperkenalkan aplikasi penyuntingan gambar mereka untuk pengguna desktop, terlebih dahulu untuk MacOS. Dinamakan VSCO Studio Pro, ia menawarkan sokongan penyuntingan gambar, Style Match, dan akses sejumlah preset untuk penyuntingan gambar. Berbeza dengan versi iPhone yang terhad kepada format .jpeg dan .heic, versi desktop turut menyokong format RAW.

VSCO Studio Pro ini ditawarkan secara percuma dengan akses kepada 5 preset dan ciri penyuntingan asas. Anda boleh melanggan dan mendapatkan akses penuh ke semua preset gambar, penyuntingan berkumpulan, dan sejumlah ciri lain. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba VSCO Studio Pro di macOS hari ini.