Meta Menguji Direct – Aplikasi Khusus Untuk Permesejan Bagi Pengguna Instagram
Aman
Meta kini telah mula menguji sebuah aplikasi kendiri baharu dibawah keluarga Instagram, iaitu aplikasi permesejan Direct. Ia diuji di Turki dan Thailand, membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej, terutamanya melibatkan pengguna Instagram.

Walaupun ia ditujukan kepada pengguna tegar Instagram yang menggunakan ciri permesejan, namun ia masih boleh digunakan dan didaftar walau tidak mempunyai akaun Instagram. Aplikasi ini lebih memfokuskan kepada komunikasi, dan tidak terganggu dengan pelbagai kandungan lain yang diterbitkan pada Instagram.
Buat masa ini, ia diuji di dua buah negara sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan diperluaskan lagi penawarannya. Selain Direct, Meta turut mempunyai aplikasi Edits dan juga Threads dibawah ekosistem Instagram. Untuk Meta juga, selain Direct mereka turut mempunyai penawaran permesejan lain, termasuk Facebook Messenger yang beroperasi dibawah Facebook, dan juga WhatsApp yang beroperasi secara kendiri.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.