Syarikat Malaysia, CoinGecko Menjual Pegangan Majoriti Kepada Solana Foundation
Aman
CoinGecko merupakan salah satu platform data popular memfokuskan kepada kriptowang dan rantaian-blok. Dibangunkan di Malaysia, kini syarikat berkenaan mengumumkan telah menjual pegangan majoriti CoinGecko kepada Solana Foundation. CoinGecko sebelum ini telah memulakan operasi pada 2014 yang lepas, dan menjadi rujukan ramai dalam arena kriptowang.

Nilai transaksi tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak buat masa ini. CoinGecko mempunyai lebih 18 juta pengguna berdaftar, menghimpunkan data pasaran melibatkan sehingga 50 juta kriptowang rentas 2000 bursa, dan menguasakan lebih 180,000 aplikasi kripto.
Dengan pengambil-alihan pegangan majoriti ini juga, CoinGecko akan terus memperluaskan lagi data pasaran mereka, memperkukuhkan penawaran infrastruktur data dan API, dan pada masa yang sama meneroka ciri baharu termasuk untuk dagangan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.