Mijia Wireless Wet Dry Vacuum 5 Pro Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1919
Amy Maizuraa
Mijia Wireless Wet Dry Vacuum 5 Pro merupakan antara produk yang dilancarkan hari ini. Ia hadir dengan teknologi wap panas sehingga 160°C serta kuasa sedutan 26,000Pa untuk membersihkan pelbagai jenis kotoran dengan lebih berkesan. Ia turut dilengkapi berus khas yang membantu mengurangkan masalah rambut tersangkut serta fungsi pembersihan kendiri menggunakan air panas sehingga 100°C bagi memastikan komponen sentiasa bersih.


Xiaomi turut menyertakan fungsi pembersihan dwi-sisi untuk membersihkan sudut yang sukar dicapai di samping sistem bantuan kuasa 360 darjah bagi memudahkan pergerakan. Vakum ini juga menawarkan ketahanan bateri sehingga 40 minit serta dilengkapi tangki air bersih 1,000mL dan air kotor 700mL untuk pembersihan yang lebih menyeluruh. Bagi yang berminat, Mijia Wireless Wet Dry Vacuum 5 Pro akan mula dijual pada 24 November 2026 pada harga RM2,099 dengan harga promosi RM1,919 untuk tempoh terhad