Voyager 1 Kini Terletak 1 Hari Cahaya Daripada Bumi
Effi Saharudin
Proba angkasa lepas Voyager 1 kini secara rasmi menjadi objek buatan manusia yang paling daripada bumi. Pada jam 6:16 petang tadi, NASA mengumumkan Voyager 1 berada 1 hari cahaya ataupun sekitar 26 bilion kilometer daripada bumi. Jika NASA cuba menghubungi Voyager 1, isyarat radio yang dihantar dari bumi ke Voyager 1 kini mengambil masa 24 jam untuk diterima proba dan 24 jam lagi untuk isyarat jawapan tiba ke bumi.

Voyager 1 yang dilancarkan pada 5 September 1977 juga adalah objek buatan manusia pertama melepasi najam pada tahun 2012 dengan Voyager 2 pula melepasi najam pada tahun 2018. Pengembaraan kedua-dua proba ini masih berterusan walaupun pada asalnya direka untuk melakukan misi selama 5 tahun sahaja ke Musytari dan Zuhal.
Bagi mengekalkan hayat operasi, NASA telah mematikan beberapa instrumen pada kedua-dua Voyager untuk mengurangkan penggunaan kuasa. Pada Voyager 1, hanya instrumen magnetometer dan subsistem gelombang plasma masih berfungsi. Bateri nuklear yang digunakan dijangka akan kehilangan kuasa dalam tempoh 3-5 tahun lagi.