GTA VI Sudah Terjual Lebih 17 Juta Unit dan Jana $1.65 Bilion Pada Hari Pertama
Effi Saharudin
Maafkan saya sekiranya artikel ini mempunyai kesalahan ejaan kerana saya tidak cukup tidur semuanya disebabkan Grand Theft Auto VI. Kepada yang mengambil cuti hari ini selamat bertarung di Vice City. Kepada yang bekerja, banyakkan mengopi untuk mengelakkan diri tertidur di pejabat.

GTA VI masih diaktifkan secara berperingkat di seluruh dunia pagi ini dan setakat ini ia dianggarkan telah terjual sebanyak 17.07 juta unit pada hari pertama dilancarkan. Menurut data Sensor Tower, ini bersamaan jualan mencecah $1.65 bilion yang menjadikan GTA VI pelancaran permainan video paling berjaya dalam sejarah.
Rekod sebelum ini dipegang oleh GTA V yang menjana pendapatan $815.7 juta pada hari pertama. GTA VI dijangka mencatatkan pendapatan lebih tinggi kerana Sensor Tower hanya menjejak jualan digital tidak termasuk jualan permainan fizikal.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.