Instagram Kini Membolehkan Anda Menyunting Instagram Stories Dalam Masa 15 Minit Selepas Diterbitkan
November 19, 2026
Aman
Selepas sekian lama, kini Instagram memperkenalkan kemaskini pada platform mereka, membolehkan para pengguna untuk melakukan penyuntingan pada Instagram Stories yang telah diterbitkan. Pengguna diberikan masa selama 15 minit selepas ia diterbitkan untuk melakukan perubahan atau penyuntingan.

Langkah ini sekaligus menjadikan proses penerbitan di Instagram Stories lebih mudah sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada teks dan sebagainya. Sebelum ini, pengguna terpaksa memadam dan memuat-naik semula sesuatu perkongsian sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada perkongsian.
Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.