Pusat Data Ketiga Alibaba Cloud Dibuka Di Johor, Menjumlahlan Pusat Data Keenam di Malaysia
Ikhwan Nazri
Jika bulan lepas menyaksikan pengumuman besar dari AWS, Google dan Microsoft mengenai agenda AI, pelaburan berkaitannya dan juga pusat data, hari ini Alibaba Cloud di acara Qwen Conference Malaysia berkongsi mengenai pembukaan pusat data mereka yang ketiga di Johor, selepas pusat data kedua di Johor di buka pada Jun 2026 yang lalu.

Pusat data ketiga di Johor ini juga merupakan pusat data keenam di Malaysia, dengan tiga pusat data terdahulu terletaknya di Kuala Lumpur. Dengan enam pusat data ini juga menjadikan Malaysia sebagai pusat data Alibaba Cloud terbesar di Asia Tenggara. Pertambahan pusat data ini juga menaikkan jumlah Zon Ketersediaan (Availability Zone) kepada 109 di sekitar 32 kawasan.

Alibaba Cloud turut berkongsi penggunaan AI di Malaysia semakin meningkat pada kadar 19% pekerja menggunakan janaan AI setiap hari, dan 40% aplikasi perusahaan turut memanfaatkan ejen AI dalam urusan seharian, malah pelbagai syarikat tempatan telah menggunakan ejen AI yang dikuasakan Alibaba Cloud. Di acara yang sama Alibaba Cloud turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan CelcomDigi, AFED Digital, DayDreamer Group dan juga AIGC Lab Malaysia.
