Perisian Pemacu NVIDIA GeForce Pula Boleh Memendekkan Hayat SSD
Dua minggu lalu kami terbitkan laporan pepijat dalam perisian AMD Software: Adrenalin menyebabkan data ditulis berkali-kali sehingga boleh memendekkan hayat SSD. Hari ini isu yang sama juga dikesan pada perisian pemacu NVIDIA GeForce.

Pengguna menyedari perisian pemacu versi 621.24 menulis fail log ke SSD berterusan pada kadar setinggi 70GB setiap jam. Tidak seperti cakera keras, SSD mempunyai had jumlah penulisan yang boleh dilakukan sebelum mengalami kerosakan antara 400-800TB sepanjang hayat, pepijat ini boleh memendekkan hayat jangka panjang penggunaannya. Dalam situasi storan dijual pada harga mahal, ini cuba dielakkan daripada berlaku.
Penyelesaian jangka masa pendek ialah kembali menggunakan perisian pemacu lama yang tidak memberikan isu yang sama. NVIDIA masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai pepijat yang dilaporkan.
Sumber – TomsHardware