11 Pencipta Kandungan Ini Akan Mewakili Malaysia di Anugerah Tiktok Asia Tenggara 2026
Ikhwan Nazri
Dalam diam telah lama TikTok bertapak di Malaysia dan melahirkan pencipta kandungan dan juga usahawan tempatan. Pencipta kandungan memperoleh trafik dan berupaya mengembangkan karya mereka, manakala usahawan mahupun perniagaan mengambil manfaat atas capaian TikTok yang meluas bagi membolehkan perniagaan mereka berkembang maju.

Bagi meraikan pencipta kandungan tempatan, TikTok Malaysia telah memilih 11 pencipta kandungan yang dipilih menerusi undi berjumlah 5.3 juta untuk kesemua 11 kategori. Mereka adalah:
- Creator of the Year: @iamadamshamil
- Rising Creator of the Year: @nabilnazrol
- Education Creator of the Year: @sir_asai
- Sports Creator of the Year: @amaranas_
- Lifestyle Creator of the Year: @deadpudds
- Food Creator of the Year: @chesayang_kitchen
- Entertainment Creator of the Year: @leonsmeonss
- Beauty & Fashion Creator of the Year: @gigicheoh
- Popular Video of the Year: @moseswck
- TikTok LIVE Creator of the Year: @ikhmaln0ur
- TikTok Shop Creator of the Year: @sallywhoo

Kesemua mereka telah dipilih berdasarkan undian awam yang berlangsung dari 12 hingga 26 Oktober, dan akan bertanding di Anugerah TikTok Asia Tenggara pada 27 November ini. Pada peringkat akhir, kesemua wakil negara akan dinilai dari panel juri yang terdiri dari pakar industri serantau. Sama-sama kita nantikan keputusan akhir pada 27 November 2026 ini kelak.