Siri Huawei nova 16s Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2,599
Batrisyia Balqis
Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Huawei XMAGE Awards Malaysia 2026, Huawei kini membawa Huawei nova 16s Series ke pasaran Malaysia dengan kamera utama 200MP, sokongan 5G dan bateri berkapasiti 7,000mAh. Siri telefon pintar ini turut dilengkapi pelbagai ciri AI untuk meningkatkan pengalaman fotografi dan penggunaan harian.

Model Huawei nova 16s Pro ini dilengkapi kamera utama 200MP RYYB dengan sensor bersaiz 1/1.28 inci. Ia turut menyokong penstabilan OIS dan AIS bagi membantu menghasilkan gambar lebih jelas.
Model ini juga mempunyai kamera hadapan Ultra Portrait 50MP bersama teknologi True-to-Colour untuk menghasilkan tona kulit dan warna yang lebih semula jadi. Menariknya, ciri 0.8x hingga 5x Selfie dan Wefie Zoom membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto daripada sudut lebih luas atau jarak dekat.


Ciri Pengimejan AI Gaya Gen Z
Huawei nova 16s Series turut menawarkan beberapa ciri pengimejan AI. Antaranya, AI Composition yang membantu memberikan panduan komposisi gambar, AI Move untuk mengubah kedudukan objek, AI Remove untuk membuang objek yang tidak diingini, serta AI Delare yang mengurangkan pantulan ketika mengambil gambar melalui kaca.

Cip Kirin, Sambungan 5G dan Bateri 7,000mAh
Dari segi prestasi, Huawei nova 16s Pro menggunakan cip Kirin 9010S 5G, serta menjalankan EMUI 16 dengan sokongan Petal Interconnect untuk pemindahan gambar dan fail antara peranti Huawei dengan peranti iOS.
Melengkapkan spesifikasi, kedua-dua model dilengkapi bateri 7,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W Huawei SuperCharge Turbo. Dimana, teknologi ini dikatakan mampu mengecas sehingga 40% dalam masa sekitar 15 minit.



Bagi yang berminat, Huawei nova 16s (12GB+256GB) dijual pada harga RM2,599, manakala Huawei nova 16s Pro (12GB+512GB) ditawarkan pada harga RM3,299.
Tidak cukup dengan itu, Huawei juga menawarkan rebat sehingga RM600 serta hadiah percuma bernilai sehingga RM1,956, di mana harga selepas rebat adalah bermula pada RM1,999.