Anthropic Kini Dinilaikan $1.3 Trilion – Lebih Tinggi Berbanding Samsung
Aman
Anthropic hari ini telah pun mula didagangkan secara rasminya melalui bursa Nasdaq di Amerika Syarikat. Melalui nilai dagangan saham semasa, Anthropic kini dinilaikan sekitar $1.27 trilion, sekaligus memposisikan syarikat berkenaan di kedudukan syarikat ke-12 paling bernilai di dunia.
Untuk perbandingan kasar, Meta di kedudukan ke-10 dengan nilai $1.5 trilion, Tesla pada nilai $1.48 trilion di kedudukan ke-11. Nilai syarikat Anthropic ini juga jauh mendahului Walmart dan Samsung, yang masing-masing di ambang nilai $1 trilion.
Anthropic telah beroperasi selama 6 tahun, dan sering memasarkan penawaran mereka sebagai perkhidmatan kecerdasan buatan yang memfokuskan kepada keselamatan dan sekuriti. Claude yang ditawarkan mereka mempunyai angka pengguna tinggi, dan digunakan bukan sahaja dalam pengaturcaraan, tetapi juga untuk tujuan melakukan penyuntingan video dan sebagainya.
Anthropic juga turut menjadi syarikat kecerdasan buatan pertama yang melakukan penyenaraian awam, sekaligus melihat kepada penerimaan orang ramai terhadao syarikat tersebut.
Dengan perkembangan ini, semestinya ramai yang akan menantikan pengumuman pendapatan kewangan pertama dalam masa sekitar 3 ke 4 bulan lagi oleh Anthropic.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.