Motorola Razr Flex Bakal Berikan Persaingan Kepada iPhone Duo dan Galaxy Z Fold8
Effi Saharudin
Telefon pintar lipat lebar akan menjadi trend tahun ini selepas Samsung Galaxy Z Fold8, iPhone Duo dan Xiaomi 18 Fold mendapat sambutan luar biasa selepas dilancarkan. Hari ini rekaan Motorola Razr Flex tertiris menerusi laman SammyGuru menunjukkan Motorola juga tidak mahu ketinggalan.

Razr Flex mempunyai skrin luar yang lebar tetapi lebih pendek berbanding peranti lipat jenis Fold. Ia turut nampaknya dilengkapi sistem trikamera seperti Xiaomi 18 Fold. Ini memberikannya kelebihan berbanding Z Fold8 dan iPhone Duo yang sekadar dilengkapi dwi-kamera.

Ia dipercayai hadir dengan skrin luar sebesar 4.97 ” dan skrin dalam pula sebesar 7″ menjadikannya lebih kecil berbanding peranti lipat lebar yang dijual di pasaran. Tidak banyak maklumat lain mengenai peranti diketahui tetapi ia mungkin dilancarkan awal 2027 semasa CES Vegas kelak.