Meta Bereksperimen Dengan Aplikasi Jual-Beli Di Brazil – Achados
Aman
Meta agak aktif bereksperimen dengan sejumlah aplikasi berbeza kebelakangan ini. Selain aplikasi Forum memfokuskan perbincangan berkumpulan Facebook Groups, Direct memfokuskan permesejan dalam Instagram, dan lain-lain, kini mereka turut hadir dengan aplikasi dinamakan Achados khusus untuk pengguna di Brazil terlebih dahulu.

Aplikasi ini memfokuskan kepada ciri jual-beli. Buat masa ini, ia menghimpunkan kandungan jual-beli daripada Facebook dan Instagram, selain membolehkan pengguna turut menambah penyenaraian melaluinya. Disamping penyenaraian, pengguna turut boleh menyemak profil pengguna sebelum membuat keputusan untuk membeli. Pengguna turut boleh berinteraksi dengan penjual melalui WhatsApp atau Messenger, sebelum melakukan pembelian.
Achados buat masa ini tidak mengintegrasikan sokongan pembayaran, dan lebih memfokuskan kepada penyenaraian barangan untuk dijual sahaja.
Ia tidak diketahui lagi sama ada Achados ini akan diperluaskan ke negara-negara lain atau sebaliknya.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.