Disney+ Akan Mula Mengintegrasikan Kandungan Dari TikTok Bermula Disember
Aman
Disney kini menyatakan mereka akan mula mengintegrasikan kandungan dari TikTok terus ke platform penstriman mereka, bermula Disember 2026 ini. Integrasi ini sekaligus akan membawa kandungan janaan pengguna ke platform penstriman berkenaan, selari dengan pelancaran filem yang dinantikan ramai, Avengers : Doomsday.

Langkah ini juga dilihat mungkin membuatkan pengguna meluangkan masa lebih lama di platform penstriman berkenaan, dan membolehkan pengguna menonton kandungan pendek dan bukan hanya filem dan siri-TV sahaja. Sebelum ini, Disney+ pernah mencuba beberapa usaha membawa kandungan video melintang ke platform penstriman berkenaan, termasuk kerjasama dengan OpenAI, namun perkara berkenaan tidak berhasil.
Selain kandungan TikTok, Disney juga akan menambah sejumlah variasi kandungan video menegak ke platform mereka secara berperingkat.
Perkongsian terbaru ini hadir selepas baru-baru ini Disney+ telah menyelarikan penawaran perkhidmatan penstriman mereka, termasuk untuk pasaran Malaysia melalui penawaran antaramuka yang lebih baik dengan pilihan kandungan lebih meluas.