Nothing Menjadualkan Pelancaran Peranti AI Pada 8 Disember
Aman
Nothing kini mengumumkan mereka akan melancarkan peranti AI pertama mereka secara rasminya pada 8 Disember 2026. Melalui gambar acah yang dikongsikan, Nothing menggunakan slogan “Be present. It’s noted”.

Perkara ini sekaligus memberikan gambaran ia mungkin sebuah peranti yang boleh merakam dan mencatatkan minit mesyuarat atau transkripsi perbualan, diintegrasikan dengan kecerdasan buatan dalam memudahkan pengguna mengetahui isi penting perbincangan.
Nothing sedia memberikan gambaran mereka akan memperkenalkan peranti AI pertama yang mungkin membawa kepada kategori peranti baharu sebelum ini, dan ia tidak diketahui sepenuhnya apakah keunikkan akan disertakan bersama peranti AI pertama mereka ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 8 Disember 2026 ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Nothing.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.