Wanita Amerika Berjaya Hidup Setahun Dengan Ginjal Khinzir
Effi Saharudin
Dunia kekurangan penderma organ dan antara teknologi yang dibangunkan sejak 10 tahun lalu ialah menggunakan organ khinzir sebagai pengganti. Teknologi xenotransplan melangkah setapak lagi selepas seorang wanita di Amerika Syarikat berjaya hidup selama setahun selepas menerima ginjal khinzir.

Molly Falco (58) yang tinggal di Boston diumumkan sebagai manusia pertama hidup setahun dengan ginjal khinzir menerusi prosedur yang dilakukan oleh Mass General Brigham. Beliau adalah pesakit keempat menerima ginjal khinzir sebagai ganti ginjal yang rosak.
Kami laporan sebelum ini Mass General Brigham juga melakukan prosedur pemindahan ginzal khinzir ke manusia pertama ke atas Richard Slayman pada tahun 2004. Beliau meninggal dunia 52 hari selepas menerima organ kerana komplikasi jantung. Dua lagi penerima kemudian menggantikan ginzal khinzir dengan ginjal manusia selepas menerima penderma.
Doktor di Mass General Brigham berharap kejayaan Molly Falco untuk kekal menerima ginjal khinzir akan membuka pintu prosedur ini digunakan secara lebih meluas bagi merawat pesakit kerosakan ginjal di masa hadapan.
Sumber – WCVB