Xiaomi 18 Pro Max – Cerminan Cita Rasa Moden
Amy Maizuraa
Dalam era yang semakin menitikberatkan keunikan individu, teknologi turut menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian. Dengan skrin tambahan di bahagian belakang, Xiaomi 18 Pro Max membolehkan pengguna menyesuaikan paparan mengikut cita rasa dan keperluan masing-masing.

Daripada elemen yang menghiburkan sehinggalah maklumat yang ingin sentiasa dicapai dengan mudah, semuanya boleh disusun dengan mudah. Perincian inilah yang menjadikan pengalaman penggunaan terasa lebih istimewa dan dekat dengan gaya hidup pemiliknya.
Personaliti Lebih Peribadi
Siapa sangka skrin di bahagian belakang telefon boleh menjadi begitu menarik? Hari ini, anda mungkin memilih imej yang menceriakan hari. Esok pula, anda boleh menukarnya kepada maskot kegemaran atau paparan jam yang lebih elegan. Semua ini boleh dilakukan menerusi skrin tambahan di bahagian belakang Xiaomi 18 Pro Max.


Paparan kecil ini bukan sekadar elemen tambahan malah membolehkan pengguna menampilkan identiti tersendiri. Antara ciri yang paling mencuri perhatian ialah kehadiran maskot animasi menarik yang menghidupkan skrin belakang peranti. Sebagai contoh, seekor kucing comel yang bermain dengan rama-rama di hujung hidungnya memberikan sentuhan unik dan menghiburkan setiap kali skrin diaktifkan. Bagi mereka yang mahu memberikan identiti tersendiri pada peranti, pelbagai pilihan maskot lain turut disediakan untuk disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.


Di sebalik penampilannya yang mencuri perhatian, skrin ini menawarkan lebih daripada sekadar gaya. Menerusi App Cards berasaskan AI, pelbagai paparan boleh dicipta mengikut keperluan harian pengguna. Daripada kad cuaca yang diinspirasikan oleh suasana jalanan Jepun hinggalah kepada paparan yang disesuaikan dengan rutin peribadi, semuanya boleh diatur mengikut cita rasa masing-masing. Bagi yang mahukan pengalaman lebih kreatif, permainan mini turut boleh dihasilkan untuk menambahkan elemen santai dan hiburan pada skrin tambahan ini.


Perincian seperti inilah yang menjadikan skrin tambahan tersebut lebih daripada sekadar ciri pelengkap sebaliknya ruang yang mencerminkan gaya hidup dan keutamaan pemiliknya. Pengalaman penggunaan turut dipertingkatkan menerusi pelbagai kemudahan yang tersedia untuk kegunaan harian. Daripada akses kepada Spotify, Maps dan Gemini Live, hinggalah penyimpanan kod QR serta peringatan penting, semuanya tersedia dalam satu paparan yang mudah diakses apabila diperlukan.

Kreativiti Dalam Setiap Bingkai
Jika skrin tambahan ini memberi ruang kepada pengguna untuk menampilkan gaya tersendiri, sistem kameranya pula membantu merakam setiap kenangan dengan lebih bermakna. Xiaomi 18 Pro Max dilengkapi dengan sistem dwi-kamera Leica 200MP yang membantu mengekalkan setiap perincian dengan jelas termasuk ketika menggunakan fungsi zum.

Turut tersedia ialah pilihan kreatif seperti ORIG, Essential Mode dan CCD yang memberikan karakter tersendiri pada setiap rakaman. Bagi yang merindui pesona kamera digital suatu ketika dahulu, mod CCD membawakan sentuhan retro yang cukup memikat malah relevan dengan cita rasa dan trend visual masa kini.

Sukar membuat pilihan? Usah risau kerana kebanyakan tetapan boleh dipratonton (preview) terlebih dahulu menerusi skrin belakang sebelum gambar dirakam. Tetapan kegemaran juga boleh disimpan sebagai preset untuk digunakan semula pada bila-bila masa. Dengan cara ini, pengguna dapat melihat hasil yang diinginkan terlebih dahulu sebelum berkongsi gambar di media sosial.







Direka Untuk Rentak Kehidupan Moden

Xiaomi 18 Pro Max bukan sekadar menawarkan paparan dan kamera yang menarik. Ia juga direka untuk mengikuti rentak kehidupan yang sentiasa bergerak pantas. Telefon ini menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 bagi memastikan setiap urusan harian berjalan lancar. Paparan dengan bezel nipis pula memberikan ruang tontonan yang lebih luas, sama ada ketika menonton kandungan kegemaran mahupun melayari media sosial.

Bagi mereka yang sentiasa bergantung pada telefon pintar sepanjang hari, kapasiti bateri 7,050mAh merupakan satu kelebihan yang sukar diabaikan. Peranti ini turut menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge, malah pengecas juga disertakan dalam kotak pembelian. Kemudahan seperti ini membolehkan pengguna menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting tanpa perlu terlalu kerap memikirkan soal hayat bateri.
Xiaomi Clip – Ringan, Praktikal Dan Bergaya

Turut mencuri perhatian ialah Xiaomi Clip dengan rekaan klip telinga terbuka yang ringan dan moden. Dengan berat sekitar 5.5 gram bagi setiap unit, ia hampir tidak terasa ketika dipakai. Sama ada untuk mendengar muzik, podcast atau menjawab panggilan, Xiaomi Clip direka untuk memberikan keselesaan sepanjang hari. Sokongan pengurangan hingar dan bunyi angin memastikan setiap panggilan kedengaran lebih jelas manakala ketahanan bateri sehingga 38 jam bersama pod pengecas memberikan ketenangan tambahan untuk penggunaan berpanjangan.

Apa yang menjadikan Xiaomi 18 Pro Max menarik bukan sekadar teknologi yang ditawarkan tetapi juga cara ia melengkapi gaya hidup moden. Daripada paparan yang boleh disesuaikan hinggalah kebebasan untuk merakam setiap detik mengikut gaya tersendiri, setiap perincian dirancang untuk menjadikan peranti ini terasa lebih peribadi. Ada kalanya, nilai sebenar sesebuah peranti bukan terletak pada ciri yang paling canggih tetapi pada pengalaman yang diberikan. Di situlah terletaknya keistimewaan Xiaomi 18 Pro Max.

Tertarik untuk memilikinya? Xiaomi 18 Pro Max kini ditawarkan pada harga bermula RM5,999 (12GB + 256GB) dan RM6,499 (12GB + 512GB). Sempena pelancaran, nikmati penjimatan sehingga RM500, menjadikan harga lebih menarik pada hanya RM5,499 (12GB + 256GB) dan RM5,999 (12GB + 512GB). Lebih menarik, setiap pembelian turut didatangkan dengan hadiah percuma eksklusif termasuk Xiaomi Watch S5 selagi stok masih ada. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki Xiaomi 18 Pro Max pada harga menarik ini!
Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia.