Samsung Galaxy S12 Ultra Dengan Pro Keyboard Ialah Kombinasi Mantap Untuk Produktiviti dan Gaming
Penulis Tamu
Aksesori papan kekunci fizikal untuk tablet Android bukan fenomena baharu kerana sejak dari awal lagi pengeluar menyedari ramai ingin menggunakan peranti mereka seperti komputer riba. Dengan aplikasi untuk tablet moden kini semakin matang serta menghampiri versi PC, keperluan untuk papan kekunci yang premium juga meningkat.

Saya telah menggunakan Samsung Galaxy Tab S12 Ultra dengan papan kekunci Samsung Pro Keyboard selama beberapa minggu. Daripada pengalaman ini saya rasakan ia adakah kombinasi mantap yang bukan sahaja meningkatkan produktiviti tetapi juga untuk keperluan santai di luar waktu bekerja.
Berfungsi Tanpa Bateri

Perkara pertama yang saya sedari ialah ia berfungsi menggunakan sambungan pogo. Menerusi sambungan ini, tidak perlu pening kepala memikirkan papan kekunci perlu dicas terlebih dahulu sekiranya ia menggunakan sambungan Bluetooth.
Tiada juga sebarang masa pendam setiap kali kekunci ditekan dan tatalan dilakukan pada pad sesentuh Pro Keyboard. Sebagai pengguna anda hanya perlu buka dan guna untuk melakukan kerja yang perlu disiapkan.
Papan Kekunci Kelas Komputer Riba

Banyak aksesori di luar sana mengatakan ia memberikan pengalaman seakan papan kekunci komputer riba. Pro Keyboard ialah yang segelintir yang berfungsi seperti diiklankan. Kekunci dari jenis chicklet dengan jarak pergerakan (travel) yang amat mirip papan kekunci mercu yang banyak saya ulas. Satu kejayaan besar memandangkan Pro Keyboard masih mempunyai tubuh yang nipis.
Setiap kekunci juga mempunyai lampu terbina dengan empat tahap yang boleh diubah mengikut situasi. Saya sudah gunakan Galaxy S12 Ultra untuk menaip di dalam pesawat yang gelap. Lampunya cukup terang dan berfungsi dengan konsisten.
Tambahan lagi terdapat butang-butang tambahan untuk mengawal tahap kelantangan audio, keterangan skrin, pintasan pantas untuk tiga aplikasi kerap digunakan, talam aplikasi, terus ke desktop, butang AI khusus, Settings, Finder dan butang untuk Dex.
Mengekalkan Kenipisan

Galaxy Tab S12 Ultra hanya setebal 5.1 mm yang menjadikannya antara tablet ternipis di pasaran Malaysia. Nipis ialah antara faktor menjadikannya menarik maka aksesori yang boleh mengurangkan ketebalan adalah juga perlu. Pro Keyboard hanya setebal 5.3 mm memastikan Tab S12 Ultra masih kekal nipis untuk diselitkan dalam beg atau poket dalam pesawat. Apabila kedua-duanya digabungkan, ia masih mempunyai ketebalan setanding komputer riba thin and light di pasaran.
Pad Sesentuh Besar

Pada sesentuh yang diberikan juga besar mirip dengan yang digunakan pada komputer riba. Ia responsif untuk mengawal anak panah pada skrin dan melakukan pergerakan jitu apabila melakukan suntingan dokumen. Terdapat sokongan untuk pelbagai gestur popular bagi mempercepatkan proses menukar aplikasi misalnya.
Tubuh Logam Premium Tahan Lasak

Keseluruhan tubuh Pro Keyboard diperbuat daripada logam yang membuatkannya kelihatan seperti aksesori serasi untuk golongan profesional. Ia tidak menangkap kotoran dengan mudah dan lebih penting sekali pemilik tidak perlu risau selepas beberapa tahun tubuh akan mengalami kerosakan seperti terkoyak.
Ini isu yang saya hadapi selepas menggunakan beberapa aksesori papan kekunci dengan tubuh kulit vegan. Pada peringkat awal ianya cantik molek tetapi selepas setahun dua mula nampak compang camping. Tubuh logam ini juga boleh mempertahankan skrin dengan lebih baik kerana logam lebih tahan lasak.
Platform Menaip dan Gaming Yang Stabil.

Dengan ia diperbuat daripada logam, ia turut mempunyai tapak/tongkat diperbuat daripada logam. Ia menjadi asas untuk menjadikannya platform menaip yang stabil. Walaupun menaip dengan agresif tablet tidak bergerak sepanjang penggunaan.
Saya gunakan Tab S12 Ultra dan Pro Keyboard sebagai sebuah konsol mudah alih di tempat kerja. Semasa waktu makan tengah hari, saya menjalan permua mercu dan mengakses GTA VI menggunakan Remote Play Tiada sebab tidak boleh santai selepas bekerja keras sejak pagi!E
Engsel Pro Keyboard, cukup ketat untuk mengekalkan sudut menaip yang ergonomik dan sudut permainan optimum tetapi masih membenarkan sudut diubah sedikit untuk keselesaan pengguna.
Sambungan Kukuh Magnet Yang Kuat

Akhir sekali, Ini ciri yang underrated pada hemat saya kerana anda tidak mahu papan kekunci yang asik tertanggal semasa disimpan di dalam beg. Sambungan antara tablet dan Pro Keyboard adalah sangat kukuh kerana magnet kuat yang digunakan. Saya perlu meningkatkan kudrat sebelum tablet dan Pro Keyboard boleh ditanggalkan. Kedua-dua unit ini apabila bersambung terasa seperti sebuah komputer riba sebenar yang tidak boleh ditanggalkan.
Di Malaysia Samsung Galaxy Tab S12 Ultra dijual pada harga RM5999 untuk versi Wi-Fi dan RM6649 untuk versi 5G. Sementara itu Samsung Pro Keyboard pula dijual pada harga RM1599 dengan ia turut boleh digunakan bersama Samsung Galaxu Tab S11 Ultra.