Penggodam Mendakwa Hampir Berjaya Menjalankan GTA VI Di PC
Effi Saharudin
Penggodam Cyberleek mengumumkan mereka kini semakin hampir melancarkan GTA VI versi PC menggunakan teknik kejuruteraan berbalik yang dibantu oleh kecerdasan buatan. Sebelum ini Cyberleek mengumumkan fail GTA VI versi Xbox Series S/X sedang diproses supaya boleh dijalankan ke PC sebelum versi rasmi Rockstar Games.

Cyberleek ialah penggodam yang sama membocorkan visual permainan GTA VI dan mengancam untuk meniriskannya kepada pengguna secara percuma sekiranya Rockstar Games gagal melancarkan versi cakera fizikal dengan segera.
Pada waktu ini GTA VI hanya boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series S/X sahaja. Kedengaran ura-ura versi PC akan hanya tiba awal tahun depan dengan ia dipercepatkan bagi mengelakkan cetak rompak menggugat jualan.
Sejauh manakah dakwaan Cyberleek ini benar ataupun tidak belum lagi diketahui. Ancaman Cyberleek sebelum ini untuk meniriskan GTA VI sebelum pelancaran sebenar 19 November tidak menjadi kenyataan. Setakat ini GTA VI secara rasminya telah terjual lebih 37 juta unit pada hari pertama dengan anggara terbaru pula sebanyak 45 juta unit telah terjual setakat ini.