Pakistan Menjadi Negara Terbaru Berjaya Mengantar Angkasawan Ke Angkasa Lepas
Effi Saharudin
Pakistan menjadi negara ke 53 berjaya menghantar angkasawan mereka ke angkasa lepas lepas pagi tadi. Angkasawan Muhammad Zeeshan Ali (40) ialah angkasawan pertama Pakistan menerusi misi Shenzhou-24 yang dilancarkan menggunakan roket Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, China pada jam 8.21 pagi tadi.

Beliau adalah salah seorang daripada tiga krew Shenzhou-24 yang kemudiannya akan berlabuh dengan stesen angkasa lepas Tiangong milik China. Selain menjadi angkasawan pertama Pakistan, Muhammad Zeeshan Ali juga menjadi angkasawan bukan warga China pertama melawat Tiangong sejak ia siap dibina empat tahun lalu.
Ali akan berada di stesen angkasa Tiangong selama seminggu untuk menjalankan eksperimen saintifik sebelum kembali semula ke bumi. Sepanjang misi Shenzhou-24, lebih 90 eksperimen sains akan dilakukan.
Sumber – Xinhua