Huawei MateBook Fold S Ialah Komputer Riba Lipat Pertama Dengan Skrin Sekunder
Effi Saharudin
Huawei MateBook Fold S dilancarkans emalam di China dengan ia menjadi komputer riba lipat pertama dilengkapi skrin sekunder di bahagian belakang. Skrin utama boleh-lipat sebesar 14.7″ OLED nisbah 3:2 120Hz dipadankan dengan skrin sekunder 3.5″ OLED nisbah 1:1 pada bahagian penutup.

Ini dipadankan pula dengan cip Kirin XE90, memori sehingga 32GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri 6021 mAh yang menyokong pengecasan 66W. Sementara itu kamera utama sebesar 50MP dan kamera swafoto pula sebesar 12MP.

Sistem audio pula terdiri daripada 2 speaker 2W dan 2 lagi speaker 1W yang menyokong Huawei Sound. Seperti MateBook boleh lipat yang dilancarkan sebelum ini, MateBook Fold S juga dilengkapi tongkat terbina membolehkan didirikan di atas meja.

MateBook Fold S boleh digunakan sebagai komputer riba penuh dengan papan kekunci nirwayar fizikal yang disertakan atau dilipat separuh dengan skrin bawah menjadi papan kekunci maya. HarmonyOS 7.0. menjadi sistem operasi pilihan. Selain itu sokongan stylus juga disertakan.

Di China Huawei MateBook Fold S dijual pada harga bermula RMB 14,999 (RM 9284) untuk model 12/256GB.