Siri Acerpure Pro P5 Dijual Di Malaysia Bermula Harga RM499
Amy Maizuraa
Acerpure Pro P5 dilancarkan di Malaysia sebagai siri penapis udara baharu untuk kegunaan di rumah dan pejabat. Siri ini ditawarkan dalam tiga model iaitu P5 Mini, P5 dan P5 Max bagi memenuhi keperluan penggunaan yang berbeza.

Keriga-tiga model berkongsi teknologi teras yang sama termasuk penapis HEPA Anti-Bulu Haiwan dengan UVC, teknologi PINOKI Ion, sistem sedutan udara 360 darjah serta sokongan aplikasi Acerpure HOME. Siri ini turut direka khusus untuk pemilik haiwan peliharaan dengan bukaan udara yang lebih luas bagi meningkatkan kecekapan pengumpulan bulu haiwan.


Sistem penapisan udara ini menggabungkan penapis HEPA, karbon aktif dan lampu UVC bagi menyingkirkan habuk serta zarah halus bersaiz sehingga 0.3 mikron. Selain itu, ia turut membantu mengurangkan bau tidak menyenangkan dan gas pencemar di udara. Penapis udara ini juga dilengkapi ciri perlindungan terhadap hentakan, calar dan percikan air serta fungsi Child Lock untuk keselamatan tambahan. Melengkapkan pengalaman penggunaan, aplikasi Acerpure HOME menyokong integrasi dengan Amazon Alexa yang membolehkan pengguna mengawal peranti dengan lebih mudah melalui arahan suara.


Perbezaan utama antara ketiga-tiga model ini terletak pada keluasan liputan dan kadar penghantaran udara bersih (CADR) yang ditawarkan. P5 Mini sesuai untuk ruang seluas 10 hingga 20 meter persegi dengan CADR 102 CMH. P5 pula mampu meliputi kawasan sehingga 33 meter persegi dengan CADR 226 CMH. Bagi ruang yang lebih besar, P5 Max menawarkan liputan 33 hingga 50 meter persegi serta CADR yang lebih tinggi iaitu 370 CMH.

Bagi yang berminat, penapis udara ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM499 (RRP: RM799) untuk PRO P5 Mini, RM999 (RRP: RM1,299) untuk PRO P5 dan RM1,399 (RRP: RM1,899) untuk PRO P5 Max. Lebih menarik, setiap pembelian turut didatangkan dengan hadiah percuma berupa penapis HEPA, aksesori terpilih serta Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM100 bergantung pada model yang dipilih. Promosi istimewa ini berlangsung dari 26 November hingga 12 Disember 2026.