Amerika Akan Kenakan Tarif Baharu 19% Ke Atas Malaysia
Mahkamah Agung Ameria Syarikat memutuskan bahawa “Tarif Trump” yang diumumkan Presiden Trump tahun lalu adalah tidak sah pada Februari lalu. Tetapi kemudian Trump memulakan siasatan baharu ke atas beberapa negara termasuk Malaysia kerana dakwaan kapasiti pengeluaran berlebihan dan penggunaan buruh paksa pada Mac lalu. Kini siasatan telah lengkap dan 16 negara termasuk Malaysia bakal dikenakan tarif baharu kerana melanggar Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974.

Pentadbiran Trump dijangka mengumumkan tarif import baharu terhadap Malaysia, Bangladesh, China, India, Indonesia, Jepun, Kemboja, Kesatuan Eropah (EU), Korea Selatan, Mexico, Norway, Singapura, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Pengumuman tarif baharu dijangka dilakukan minggu ini.
Malaysia mungkin dikenakan tarif 19% dengan China menerima tarif tertinggi 20%. Sementara itu tarif 15% dikenakan ke atas EU, Jepun dan Korea Selatan.
Amerika Syarikat mendakwa China menghasilkan kapasiti berlebihan dalam sektor seperti keluli, aluminium, kenderaan elektrik, produk solar dan peralatan elektronik sehingga menjejaskan pasaran global. Vietnam, Indonesia dan Kemboja pula dikenakan tarif kerana syarikat China didakwa mengeluarkan barangan di negara-negara ini bagi memintas tarif AS.
Sumber – Korea Times