Fujifilm Instax Mini Evo 2 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1148
Fujifilm hari ini melancarkan Instax Mini Evo 2 di Malaysia. Ia merupakan kamera dan pencetak foto segera generasi kedua dalam siri Mini Evo dengan beberapa ciri baharu dan penambahbaikan.


Antara penambahbaikan pada Instax Mini Evo 2 ialah skrin sentuh LCD 4.5 inci yang lebih besar bagi memudahkan pengguna mengakses pelbagai fungsi kamera. Kamera ini turut dilengkapi lensa 21mm f/2.0 bersama 10 pilihan penuras filem yang boleh digabungkan untuk menghasilkan sehingga 100 kombinasi berbeza.



Instax Mini Evo 2 turut hadir dengan ciri instax Expanded View yang membolehkan pengguna melihat kawasan di luar bingkai sebelum mengambil gambar. Ciri instax Immersive Movie pula merakam empat saat sebelum butang pengatup ditekan. Pengguna juga boleh mencetak foto daripada telefon pintar melalui Bluetooth serta memindahkan dan berkongsi gambar menerusi aplikasi instax mini Evo.

Bagi yang berminat, Fujifilm Instax Mini Evo 2 dijual di Malaysia pada harga RM1,148 sebuah bersama promosi Infinity Kit yang didatangkan dengan tali kamera instax eksklusif.