WhatsApp Kini Membolehkan Anda Menjadualkan Penghantaran Mesej
November 26, 2026
Aman
WhatsApp hari ini telah mula memperkenalkan ciri menjadualkan penghantaran mesej kepada semua, sekaligus membolehkan anda menjadualkan sesuatu mesej untuk dihantar pada sesuatu masa yang ditetapkan – walaupun peranti anda mati ketika waktu tersebut.

Untuk mengakses ciri ini, anda hanya perlu tapi mesej seperti biasa, dan seterusnya menekan seketika pada butang hantar. Ia seterusnya akan membuka paparan pilihan masa penghantaran yang anda boleh pilih dan tetapkan.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mengemaskini aplikasi anda dan mencuba ciri baharu ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.