ChatGPT Akan Gabungkan Had Penggunaan Bersama Codex Bermula Disember
Aman
OpenAI kini memaklumkan bermula Disember 2026 kelak, mereka akan gabungkan had penggunaan ChatGPT biasa bersama Codex. Langkah ini selari dalam pihak ChatGPT mengabungkan tab ChatGPT Chat bersama ChatGPT Work.
OpenAI menyatakan penggunaan selepas ini akan dinilai berasaskan penggunaan token, dan sekiranya tugasan anda lebih rumit, maka token lebih banyak akan digunakan – sekaligus mencapai had penggunaan lebih pantas.
OpenAI menyatakan mereka sedang melakukan transisi perubahan ini dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan penggunaan dan tugasan sedia ada. ChatGPT juga menambah ciri melihat penggunaan dengan ke halaman Settings > Usage. Sekiranya telah mencapai had penggunaan, maka pengguna boleh melakukan pembelian kredit tambahan dalam meneruskan tugasan.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.