SpaceX Diberikan Kelulusan Melancarkan 1 Juta Satelit Untuk Pusat Data Di Angkasa
Effi Saharudin
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika (FCC) telah meluluskan permohonan SpaceX untuk membangunkan “Starmind” yang berpotensi melibatkan sehingga 1 juta satelit bagi membina pusat data angkasa lepas.

Starmind bertujuan memproses sejumlah besar data di orbit sebelum digunakan di Bumi bagi memenuhi keperluan perkomputeran di masa hadapan tetapi pada waktu yang sama tidak menggunakan ruang, air dan tenaga di permukaan bumi. Menurut SpaceX, pusat data berasaskan satelit boleh memanfaatkan tenaga solar bagi mengurangkan impak ke atas alam sekitar. F
Menerusi lesen yang diterima SpaceX perlu melancarkan Starmind menjelang 2033, meletakkan 100,000 satelit menjelang November 2035 dan separuh satelit diletakkan di orbit menjelang 2038. Selain SpaceX, Google (Project Suncatcher) dan NVIDIA (Starcloud) turut merancang membina pusat data di angkasa lepas dengan idea asal diumumkan terlebih dahulu oleh China pada tahun 2021.