PayLater by Grab Kini Menyokong Pembayaran DuitNow QR – Semua Tempat Boleh!
Ikhwan Nazri
Adakah anda kerap melakukan pembayaran menerusi DuitNow QR? Pembayaran menerusi DuitNow QR adalah sangat mudah, telus, dan tidak melecehkan kerana tidak memerlukan sebarang transaksi tunai. Kini Grab menambah baik lagi perkhidmatan ini dengan menawarkan PayLater by Grab membolehkan pembayaran bertangguh semudah mengimbas kod DuitNow QR.

Jika sebelum ini pembayaran menggunakan DuitNow QR akan menggunakan baki akaun dompet digital anda, dengan imbasan DuitNow QR menggunakan aplikasi Grab, anda boleh memilih PayLater by Grab dan memilih pembayaran secara pascabayar pada bulan seterusnya, atau pada tempoh 4, 8 ataupun 12 bulan. Lebih menarik lagi terdapatnya pilihan PayLater by Grab yang tidak dikenakan sebarang faedah* apabila membayarnya pada bulan seterusnya, atau memilih pembayaran bertangguh selama 4 bulan. Kesemua pilihan pembayaran bertangguh bakal mendapat ganjaran sehingga 2x GrabCoins*. Ini sekaligus memudahkan anda menguruskan perbelanjaan anda, dan dapat membolehkan anda melakukan pembayaran bertangguh untuk perkara yang anda ingini. Jadi sekiranya anda sudahpun kerap menggunakan PayLater by Grab, gunakan kod PAYLATER10 untuk mendapatkan diskaun RM 10 untuk pembayaran minima RM 100 sewaktu pembayaran.


Lebih menarik lagi dengan bolehnya fungsi PayLater by Grab ini apabila mengimbas DuitNow QR, banyak kedai yang membolehkan pembayaran bertangguh ini dilakukan. Anda sendiri boleh lihat banyaknya kedai yang sedia memaparkan papan tanda pembayaran menggunakan DuitNow QR, hanya selangkah lagi untuk berbelanja dengan bijak. Jika ini kali pertama anda menggunakan PayLater by Grab, gunakan kod NEWPAYLATER10 untuk diskaun RM 10 pada pembelian minimum RM 50 sewaktu membayar.
Cubalah imbas DuitNow QR menggunakan aplikasi Grab, dan rasai manfaat PayLater by Grab hari ini juga.
*Tertakluk kepada Terma dan Syarat yang ditetapkan.
Muat-turun dan guna: PayLater by Grab

Penafian: Advertorial dari Grab Malaysia