Apple Mula Menguji iPad Dengan macOS
Effi Saharudin
Tahun ini kita melihat MacBook Pro dengan skrin sesentuh sementara tahun lalu iPadOS meneris beberapa ciri yang dahulunya hanya disokong pada macOS. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mula kedengaran ura-ura Apple mungkin akan akhirnya akur dengan permintaan orang ramai untuk melancarkan iPad dengan macOS.

Kini Apple dikatakan sudah memulakan ujian dalaman iPad dengan sistem operasi macOS menurut laporan Mark Gurman. Ini adalah langkah yang munasabah memandangkan beberapa model iPad di pasaran menggunakan cip siri Apple M yang sama dengan MacBook, iMac, Mac Mini dan Mac Studio.
Sungguhpun begitu pada waktu ini ia sekadar ujian dengan tiada perancangan sebenar menawarkan iPad dengan macOS dalam masa terdekat. Ujian mungkin sekadar melihat apa yang boleh digunakan serta apa pula yang tidak sesuai digunakan jika macOS benar-benar digunakan pada tablet.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.