MySiren Akan Diuji Serentak Di Seluruh Negara Pada Pagi Esok, 29 November – 10.10 Hingga 10.30 Pagi
Aman
Kerajaan kini memaklumkan akan menguji Sistem Amaran Awal Nasional atau turut dikenali dengan nama MySiren secara serentak di seluruh negara pada pagi esok, 29 November 2026.. Ujian ini akan dilakukan antara 10.10 pagi sehingga 10.30 pagi.

Melalui ujian ini, ia akan menghantar notifikasi yang akan dipaparkan pada skrin telefon para pengguna. Ia menyokong iPhone 11 yang menggunakan iOS 27.2 dan terkini, peranti Android yang menjalankan Android 12 dan terkini, atau peranti Huawei yang menggunakan EMUI 16 dan terkini.

Menggunakan MySiren, ia membolehkan amaran kecemasan disiarkan secara seretak di sesuatu kawasan geografi sama menggunakan teknologi. Penerimaan ini tidak memerlukan data mudah-alih atau sambungan internet, sebaliknya ia menggunakan rangkaian 4G atau 5G yang sedia, dan disiarkan melalui siaran selular.

Ujian awam ini akan dilakukan dalam usaha untuk menilai prestasi sistem dan mengenal-pasti sebarang isu teknikal, termasuk penerimaan orang ramai terhadapnya.