Platform Awanan Tentera Udara Amerika Syarikat Digodam
Effi Saharudin
Cloud One, platform setempat untuk keperluan awanan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) telah digodam menurut laporan Reuters yang memetik beberapa sumber dalaman. Sistem Cloud One menggabungkan perkhidmatan Microsoft, Amazon, Oracle dan Alphabet. Ia digunakan untuk pengurusan data anggota dan gaji, sistem logistik dan penyelenggaraan serta sistem kawalan dan arahan pertahanan udara.

Pencerobohan yang dilakukan hanya dikesan ketika kerja naik taraf sistem dijalankan dalam tempoh sekitar sebulan lalu. USAF enggan memberikan kenyataan rasmi mengenai serangan siber yang dilakukan dengan Identiti penggodam, skala penuh serangan, dan sama ada data telah dicuri masih belum dapat dipastikan.?
Akibat daripada pencerobohan yang dikesan ini, perkhidmatan Cloud One mengalami gangguan. Proses pemindahan aplikasi ke Cloud One misalnya telah dihentikan. Proses melakukan kemas kini aplikasi turut disekat menyebabkan beberapa tampalan sekuriti baharu tidak boleh dilakukan.
Serangan penggodam ke atas USAF ini adalah satu lagi insiden profil tinggi yang dilaporkan. Peti sejuk di beberapa negara Eropah misalnya telah digodam sehingga menyebabkan kerosakan makanan kerana suhu dinaikkan tanpa kebenaran. Di Amerika pula maklumat mengenai lesen memandu jutaan pengguna juga tertiris ke arena web. Dalam semua insiden, penggodam dipercayai menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi mencari kerentanan sistem.