Samsung Dijangka Pertontonkan Robot Berbentuk Manusia Seawal Januari 2027
Samsung kini dilaporkan telah pun memperlihatkan robot berbentuk manusia mereka kepada ahli lembaga pengarah, dan menyasarkan untuk mempertontonkan robot berkenaan kepada umum seawal acara CES 2027 yang berlangsung awal Januari kelak.
Robot berbentuk manusia berkenaan diperkatakan boleh mengambil barangan, serta mengawalnya menggunakan tangan – sekaligus memberikan idea ia boleh melakukan sejumlah tugasan rumah, termasuk membantu orang tua dalam kehidupan harian.
Langkah ini juga akan memposisikan Samsung selari dengan syarikat lain yang turut menyasarkan pengeluaran robot untuk orang ramai – termasuk Honor, Xiaomi, Tesla, selain sejumlah syarikat yang berpusat di China. Pada tahun ini sahaja, Samsung turut telah menubuhkan bahagian khusus memfokuskan robotik, dinamakan Robotics Experience.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan awal tahun 2027 kelak, untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Samsung melalui robot mereka.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.