Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengenalan Redmi Y1 untuk pasaran India semalam, hari ini Xiaomi Malaysia telah mengumumkan yang mana peranti berkenaan akan turut dilancarkan di Malaysia, dan dikenali dengan nama Redmi Note 5A Prime. Xiaomi mengatakan ia akan dijual di Malaysia bermula 11 November ini.

Xiaomi Redmi Note 5A Prime

Redmi Note 5A Prime hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dan menjadi fokus utama padanya adalah penggunaan skrin besar dan juga kemudahan merakamkan selfie.

Untuk rakaman selfie sendiri, Xiaomi menyertakan kamera hadapan 16-megapixel yang dilengkapi lampu pencahayaan hadapan. Untuk kamera belakang, ia menggunakan kamera 13-megapixel.

Redmi Note 5A

Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 435, dan pengimbas cap jari di belakang. Melengkapkan ia adalah memori 3GB RAM dan juga ruangan storan 32GB. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 3080mAh untuk tempoh penggunaan yang lama.

Di Malaysia, pengguna boleh membuat pembelian telefon pintar Redmi Note 5A Prime ini bermula 11 November 2017 melalui laman jualan rasmi, dan juga dari kedai pengedar Xiaomi seluruh negara pada harga RM699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd