Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan iPhone 11, pihak Apple turut mengemaskini dua lagi telefon pintar dengan ciri-ciri mercu melalui pengenalan iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max. Kedua-duanya menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama, tetapi dengan penambah-baikkan pada bahagian kamera, dan penawaran memfokuskan pengguna profesional.

Apple iPhone 11 Pro

iPhone 11 Pro hadir dengan skrin bersaiz 5.8-inci, sementara iPhone 11 Pro Max pula hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci. Kedua-duanya menggunakan rekaan bertakuk, dan menggunakan skrin OLED bersama-sama dengannya. Seperti biasa, ia turut menawarkan sokongan HDR, selain mana menawarkan pencahayaan dan pewarnaan yang lebih jitu.

iPhone 11 Pro

Melengkapkan iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max adalah penggunaan cip Apple A13 Bionic, yang mana kini lebih 20% berkuasa berbanding A12 tahun lepas. Apple turut memperlihatkan yang mana cip yang digunakan pada iPhone kali ini mendahului pelbagai cip daripada pesaing lain dipasaran, selain memudahkan lagi urusan pembelajaran mesin pada peranti.

Apple iPhone 11 Pro

Pada bahagian kamera, ia kini menggunakan kamera utama 12MP, kamera telefoto 12-megapixel, dan juga kamera ultra-lebar 12-megapixel. Penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang adalah pertama kali digunakan, dan Apple menjanjikan hasil rakaman video dan gambar yang lebih cantik menggunakannya. Malah Apple turut menjanjikan ciri rakaman gambar baru yang akan ditawarkan melalui kemaskini perisian tidak lama lagi untuk merakamkan gambar berkualiti dengan mudah.

Dari segi penawaran bateri pula, Apple mengatakan iPhone 11 Pro menawarkan masa penggunaan lebih 4 jam berbanding iPhone XS sebelum ini. Sementara iPhone 11 Pro Max pula menjanjikan lebihan penggunaan selama 5 jam berbanding XS Max sebelum ini. Menariknya juga, kini Apple menyertakan pengecas pantas 18W bersama-sama pembelian iPhone.

iPhone 11 Pro

Di Malaysia, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan ditawarkan dalam pilihan storan 64GB, 256GB dan 512GB, Ia akan ditawarkan pada harga bermula RM4899 untuk iPhone 11 Pro, sementara model iPhone 11 Pro Max akan ditawarkan pada harga bermula RM5299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd