[Pendapat] Onexox vs TuneTalk

Updated on February 7, 2017 in Lain-Lain
40 on April 19, 2015

Antara dua telco ni mana yg paling bagus dari segi internet, caj call, sms?

  • Liked by
Reply
8 on April 20, 2015

takleh nak compare sbb Onexox tu dah di MLM kan, mmg konfem la mahal. kalau nak better dgn plan XOX yg original, baru blh compare dgn tunetalk. baca sendiri kat link ni:

XOX: http://www.xox.com.my/plans/prepaid-plus/
TuneTalk: http://www.tunetalk.com/my/PlanRates/localRates

on April 20, 2015

yeke Onexox ni MLM? :O ingatkan Tone Excel je. tapi bila tengok rate Onexox ni mcm murah. bab internet je la mcm turn off sikit.

on April 20, 2015

rate Onexox menganjur antara 15sen-32sen seminit bergantung pd rangkaian & sama ada kredit ada pd akaun dedikasi atau utama. berbanding dgn XOX prepaid plus mmg ratenya rata ke semua nombor.. nak guna internet plan XOX ni kena tau psl pakej seasonpass, yg tu blh dpt 1gb data + 50 minit + 30 sms dgn harga rm29.90. kalau guna plan dia direct yg rm38/1gb tu mmg mahal lah..

on April 21, 2015

okay bos. agak faham di situ. tq 🙂

on April 21, 2015

salah tu…itu rate xox…bukan onexox

onexox punye web: http://www.onexox.my/

on April 21, 2015

ONEXOX
☑ caj 5 sen bagi panggilan di bawah 10 saat ke semua talian
☑ 10 nombor Friend and Family (kadar murah) ke semua talian
☑ caj serendah 7 sen (1 blok = 30 saat)
☑ 1800 SMS percuma ke nombor ONEXOX
☑ Internet laju 1-6Mbps, tiada Pay Per Use
☑ 1.5GB RM29.99 / 500 MB RM18
☑ Tiada SMS yang mencuri kredit
☑ Tempoh sah kredit sehingga 2 tahun 4 bulan
☑ Nikmati komisen 6% jika perkenalkan kepada orang lain
☑ Boleh kekalkan nombor lama
☑ GST dikembalikan

on April 21, 2015

https://instagram.com/onexox.prepaidjimat/

on April 22, 2015

ONEXOX adalah MLM adalah statement yg dangkal .

ONEXOX bukan syarikat MLM ..

Sebelum anda membuat perbandingan anda harus tau data panggillan pengguna . Majoriti masyarakat kita membuat panggilan pendek , iaktu dibawah 30 saat .

Jom kita buat test panggilan dibawah 30 saat antara tunetalk vs onexox …

Dialog adalah sebegini

A: assalamualaikum
B: waalaikumsalam bro
A: lu kat mana bro
B: wa kat kedai mamak ni bro ..meh arr sini
A: ok on the wayyyy…

Dialog kedua antara suami isteri yg dah kawin lebih dari 5 tahun

A: yang abg balik lewat sikit ari ni .abg makan kat luar ye ..
B: madang lewat balik tak habis habis kerja
A: ala kena la obertime ..gst yang …
B: ok ..( terus hempas phone kekekekeke )

Cuba kita livekan dialog dialog ini ..saya amat pasti panggilan nya dibawah 30 saat ..

Di ONEXOX anda dicharge 7 sen …di TUNETALK anda dicharge 16 sen ..

Mana lagi murah …

on April 22, 2015

saya pengguna onexox. dari pengalaman saya, onexox menjimatkan. kalau sebelum ni saya spent dalam rm40 untuk celcom hanya utk call dan sms. tapi dengan onexox. saya boleh guna internet (rm18/sebulan= 500MB) dan rm50 utk 2 bulan. jadi hanya guna kan baki rm14 utk call dan sms sahaja untuk 2 bulan. menjimatkan? tak nampak jgak tak tau la 🙂

Show more replies
  • Liked by
Reply
Cancel
2 on April 20, 2015

kenapa reply sy kat post ni tadi dipadam ya? ada apa2 yg salah ke?

on April 21, 2015

boleh ke delete post orang lain? rasanya tak boleh. kan?

on December 22, 2016

Mana boleh.. Dia tak paham xox berlagak ckp macam pandai.. Dah CEO onexox komen

Show more replies
  • Liked by
Reply
Cancel
1 on April 21, 2015

Dalam bisnes Telekomunikasi ada beberapa pecahan yang mana samada nak dapatkan akaun perniagaan memerlukan modal perniagaan ratusan ribu atau memerlukan target jualan.

1. Main Distributor
2. Area Dealer
3. Center
4. Branch
5. Dealer
6. Subdealer
7. Topup Agent
dan sebagainya..

Setiap akaun mempunyai kelebihan tersendiri dan kekurangan tersendiri. Sebagai contoh akaun yang paling rendah topup agen – Hanya boleh jual topup sahaja.. Jika nak daftar simkad memerlukan bantuan subdealer/dealer melakukan pendaftaran.. Tiada insentif/keuntungan bagai pendaftaran simkad tersebut kerana taraf akaun topup hanya untung atas jualan topup..

Kebiasaanya akaun yang paling tinggi mendapat margin keuntungan / insentif2x yang besar dan dikehendaki melantik cawangan/dealer2x untuk menguruskan jualan & pendaftaran simkad di setiap negeri/daerah bagi memastikan ‘target sales’ yang dikehendaki telco tercapai. Margin untung yang besar itu dipecahkan kepada beberapa peringkat sehingga peringkat yang paling rendah, topup agent..
Setiap jualan dari topup agent, sebilangan margin untung jualan akan diterima bagi akaun dealer yang melantik agen.

Kebanyakkan telco memberi golongan ‘kapitalis’ untuk memenuhi ruang taraf akaun yang tertinggi ini kerana mereka mempunyai modal kewangan yang konkrit..

Berbanding ONEXOX, taraf akaun yang paling tinggi ‘TIDAK BOLEH DIBELI’.. Bermakna golongan
kapitalis atau mereka yang bermodal besar tidak layak mendapat taraf akaun ini.

Sebaliknya ia diberi peluang kepada sesiapa sahaja layak mendapatkan akaun paling tinggi
ini dimana margin keuntungan/kelebihan lebih besar  tetapi memerlukan komitmen
untuk mencapai ‘target sales’ yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

Beza XOX dan ONEXOX adalah ‘pelan’
XOX pelan marketing konvensional dimana akaun tertinggi dipenuhi oleh siapa yang
bermodal besar, manakala ONEXOX hanya memerlukan dealer yang memenuhi syarat jualan
yang ditetapkan (tidak memerlukan modal besar). Hal ini memberi peluang kerjaya yang besar 
kepada golongan majoriti yang berpendapatan rendah/sederhana untuk memiliki perniagaan
telekomunikasi masing-masing.

ONEXOX dan TUNE EXCEL kedua-duanya tidak setaraf.. Berbeza taraf..
ONEXOX adalah Telco dari induk yang sama XOX BERHAD, 
manakala TUNE EXCEL adalah Program yang diuruskan oleh Tune Excel dan menggunakan perkhidmatan pihak ke-tiga iaitu Tune Talk..

on May 7, 2015

Different class….

Show more replies
  • Liked by
Reply
Cancel
0 on April 22, 2015

Tak tau apa2 pasal onexox jangan main sebat je.. tu Ceo yang komen..hadoi..

  • Liked by
Reply
Cancel
0 on May 7, 2015

MLM ek..kehkehkeh

  • Liked by
Reply
Cancel
0 on May 7, 2015

kami jual simkad rm10 bukannya rm90..lain kali klau xtau bertanya dl jgn main ckp sj..fitnah tu bro..aptb maslan btui lah

  • Liked by
Reply
Cancel
0 on May 7, 2015

Sakainov ni org rusia, mana dia tau…. Mengong….

  • Liked by
Reply
Cancel
0 on May 7, 2015

well, setiap org berhak beri pendapat.. TAPI kalau nak beri ‘bold statement’ yg mana onexox adalah MLM, buatlah proper homework terlebih dahulu supaya taklah nampak bangang sangat.

  • Liked by
Reply
Cancel
0 on May 7, 2015

Ini adalah REAL BIL sebulan pengguna OneXOX.

Dengan 62 panggilan,  dia hanya dikenakan RM 11.20 sahaja.

Cuba kira dan bandingkan dengan Tune Talk… mana lebih mahal?
Tolong kira one bye one..  dan jumlahkan berapa RM dikenakan kalau guna tune talk.

Kira sendiri sebagai bukti….

  • Liked by
Reply
Cancel
0 on May 7, 2015

TEST

  • Liked by
Reply
Cancel
Loading more replies