Cari @ Amanz

Sony Malaysia hari ini telah mengemaskini halaman jualan mereka dengan menambah penyenaraian telefon pintar terbaru daripada mereka, iaitu Xperia Z3 Plus Dual. Seperti pada namanya, Xperia Z3 Plus yang ditawarkan di Malaysia ada versi dwi-SIM, dan hadir dalam dua warna iaitu hitam dan juga gangsa.

Xperia Z3 Plus Dual

Daripada laman Sony Malaysia, Xperia Z3 Plus Dual hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci pada paparan resolusi 1080p dan dilengkapi teknologi TRILUMINOS, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, Adreno 430 GPU, serta memori 3GB RAM. Telefon pintar berasaskan Android ini dilengkapi dengan ruangan storan sebesar 32GB dan boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Untuk rakaman, Sony menyertakan kamera belakang 20.7-megapixel yang turut menyokong rakaman video 4K, selain kamera hadapan 5-megapixel.

Xperia Z3 Plus Dual

Sony Xperia Z3 Plus Dual turut menyertakan sokongan kalis air dan debu, dan turut membawakan bateri berkapasiti 2930mAh yang mampu bertahan sehingga 2 hari penggunaan.

Di Malaysia, ia disenaraikan pada harga RM2599 (termasuk GST). Peranti Xperia Z3 yang menggunakan cip Snapdragon 801 serta membawakan beberapa ciri-ciri serupa masih dijual seperti biasa pada harga RM2199 (termasuk GST). Kami telah menghubungi Sony Store di KLCC, dan masih tiada stok disana buat masa ini. Mungkin cara untuk mendapatkan Sony Xperia Z3+ Dual buat masa ini adalah hanya melalui laman rasmi Sony Malaysia sahaja.

Xperia Z3 Plus Dual

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd