Cari @ Amanz

ASUS dilihat hadir dengan pilihan komputer kerja dekstop semua dalam satu baharu di Malaysia. Melaluinya ASUS AiO A3 (A3402) yang dikuasai CPU Intel Gen-12 diumumkan dengan harga permulaan RM2,699 untuk (i3-1215U/8GB). Kemudian meningkat kepada RM3,199 (i5-1235U/8GB RAM) dan RM3,299 (i5-1235U/16GB RAM).

Untuk spesifikasi ASUS AiO A3 menggunakan skrin IPS FHD (1920 X 1080 piksel) sebesar 23.8-inci bernisbah aspek 16:9. Tunjang utama dikuasai CPU sehingga Intel Core i5-1235U, memori sehingga 16GB DDR4-3200 SO-DIMM dan storan 512 GB M.2 PCIe 3.0 SSD.

Turut disertakan ialah kamera HD 720, pembesar suara dengan teknologi SonicMaster/Dolby Atmos dan pilihan I/O meliputi 1 x 2-in-1 card reader SD / MMC, 1 x bicu audio 3.5mm, 2 x USB 2.0 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 3 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 2 x HDMI 1.4 (input/output).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd