Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran khas bagi peranti Honor 8. Ia dijadualkan pada 6 September 2016 ini, dimana kita bakal mengetahui lebih lanjut mengenai harga jualan dan tarikh jualannya di Malaysia.

Honor8_008

Honor 8 merupakan telefon pintar terkini daripada Honor yang hadir dengan rekaan yang kemas, menggunakan skrin 5.2-inci dengan resolusi 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, memori 4GB RAM, kamera belakang dwi-lensa 12-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel.

Beberapa desas-desus mengatakan harga jualannya mungkin mencapai sekitar antara RM1600 hingga RM1800. Seperti biasa, kita akan mendapat jawapan rasminya ketika acara pelancarannya kelak yang dijadualkan dalam dua minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd