Cari @ Amanz

Sebuah lagi peranti di bawah siri Honor Play telah dilancarkan di China. Dikenali sebagai Honor Play 20, peranti pintar ini hadir dengan spesifikasi kelas permulaan yang disertakan dengan fungsi-fungsi tersendiri.

Untuk spesifikasi, Honor Play 20 dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci TFT LCD dengan resolusi HD+ (1600 X 720 piksel). Peranti ini kemudiannya dipadankan dengan cip UNISOC Tiger T610, memori sehingga 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh.

Tetapan dwi-kamera utama digunakan di sini dengan sokongan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel untuk tujuan kedalaman. Kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel diletakkan pada takuk kecil di panel hadapan hadapan. Spesifikasi lain termasuklah – port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.0, antaramuka Magic UI 4.0 berasaskan Android 10 dan sebagainya.

Untuk harga, Honor Play 20 dijual di China bermula RMB899 iaitu sekitar ~RM569 untuk sebuah. Terdapat sehingga empat pilihan warna menarik yang boleh dipilih bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd