Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana Huawei P9 akan mula dijual di pasaran tempatan bermula daripada 28 Mei 2016 ini. Harga jualan untuknya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka dikongsikan oleh pihak Huawei secara rasminya ada hari Jumaat ini.

Huawei P9

Huawei P9 merupakan telefon pintar utama terkini daripada Huawei, hadir dengan dwi-kamera belakang 12-megapixel yang menggunakan jenama Leica. Melaluinya, pengguna boleh merakamkan gambar yang jelas dalam pilihan warna ataupun hitam putih. Mengikut info tertiris sebelum ini, ia dikatakan berharga sekitar RM2099 – namun harga jualanya mungkin berbeza kelak disebabkan oleh kadar tukaran mata wang.

Melengkapkan peranti Huawei P9 juga adalah penawaran khidmat pelanggan yang baik daripada Huawei. Mereka akan menyediakan jaminan 12 bulan untuk penukaran satu-ke-satu, selain jaminan tiga bulan untuk skrin LCD. Nombor khidmat pelanggan khusus turut disediakan, iaitu 1800-22-0086 untuk pengguna membuat panggilan dan mendapatkan khidmat sokongan terus daripada Huawei.

Selain daripada Huawei P9, Huawei P9 Plus juga akan menerima sokongan jaminan yang lebih kurang serupa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd