Cari @ Amanz

Lenovo Moto M akhirnya dilancarkan secara rasmi di China dan mengesahkan kesemua spesifikasi yang tertiris sebelum ini. Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam tanpa sebarang sokongan sistem aksesori modular. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses MediaTek Helio P15, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte.

lenovo-moto-m-1

Kamera utama sebesar 16 Megapixel dan kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel. Akhir sekali sebuah bateri 3050 mAH disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Bagi penggemar audio, sistem audio Dolby Atmos disokong. Dari segi sistem operasi Moto M masih lagi menggunakan Android Marshmallow. Sebuah pengimbas cap jari terletak pada panel belakang. Harga jualannya di China ialah RMB 1999 (~RM 1243).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd